khas untuk bakal suami ku dan juga kepada sesiapa yang bakal menjadi suami..dua puluh tiga perkara anda patut jeles lagi terang bersuluh.suluh dengan spotlight lagi k.bace tau.bagusbagus =)
Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.
Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
wahhh dah berangan nak kawen kan..hahahaha..hidup kalau tak berangan kan tak sah..so saya berangan jela..bukan susah pun kan..awakawak sume pun mesti berangan jugak kan.tapi malu nak cakap kan kan kan.. hihi...sejak dua menjak ni saya suke sangan berangan..entah nape,penangan begado kot..
Dulu lain sekarang lain.. Dulu bujang sekarang dah kawin.. terkenang bait-bait lirik lagu nasihat Tan Sri Dato' SM Salim. owh mama aku mahu kawen,kawen dengan siapa? hahaha
zaman sekarang sume trend orang kawen awal kan..perghhh saya sangat la jeles dengan kawankawan saya itu.. okey fine! saya sangat la jealous kay! ok firstly my beloved GF, BIB, then end of this year my sayang, hurm dan ramai sangat kawan sebaya dengan saya dah kawen dan bakal kawenn waaa.. saya? mesti la lambat lagi kan..nak buat wedding of da year kan.
ary harap kepada pasangan yang kawen muda akan kekal hingga ke akhir hayat amin. so kepada bakalbakal suami yang bakal mendidik isteriisteri hot lagi cantik ni please la take note!
kehadapan bakal suami ku,
awak kan sayang apatah lagi cinta kan saya setulus hati awak.kan kan kan..hihi..jadi di sini saya mohon la kepada awak untuk menghargai sebuah ikatan perkahwinan yang bakal kita bina *lama lagi kot*hahaha
jadi.sebelum awak sah jadi suami saya, awak make sure yag diri awak tu cukup lengkap dari segala segi, metal fizikal..cewahhh macam nak kena buli dengan saya je kan..hahaha..
bukan apa, nanti kalau kite gadoh ke, kite salah faham ke, saya buat salah ke,awak buat salah ke..saya jadi makin cantik awak jeles orang tengok saya ke, kot tetibe saya jadi jutawan ke,ape lagi ek..hah kot saya tetibe malas nak kemas umah ke,malas nak masak ke,hahaha nape sume buruk kat saya ni?hihi...
pape hal jadi awk kena la ready tau..so saya list out 23 perkara yang patut bear on ur mind k hubby..erkk hubby? comel nye...comel ke?hihi
kepada bakal suami ku yang bakal menjadi RAJA ku ingatlah saya bakal jadi QUEEN awak..so bace,jangan bace je..hayati dengan ingat sampai bile2 kay!
01.Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama kalau saya kerje dan sama-sama terpaksa menanggung hutang awak sang suami..hutang ape?yela bills sume, ke awak nak bayar sorang2 wahh heaven la saya g shopping tiap2 bulan..hihi..time kaceh ye si suami ku..hihi sayang awak lebih la.
02.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. ingat saya suke sangat ke nak membebel?
Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
03.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak andakecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.. kalau tak sedap awak masak sendiri kay!hihi
04.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.ingat tu!
05.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.saya tak kire.malam2 awak kena bancuh susu dorang!
06.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.
Berbulu tau mata saya tengok awak goyang kaki tengok TV..pooora daa..tolong la saya sekali.kalau tak hire maid untuk saya..
07.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.ini memang tak boleh dimaafkan..kejam nye awak,,kalau bercinta sanggup suapsuap makan..sampai ati kan =(
08.Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. ingat tu!
macam mane kalau saya tengah selekeh? aduhh mesti kawan awak ngumpat saya..tak xsuke!
09.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.cehh ingat saya sorang je ke boncit awak pun sama la..
10.Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..hahaha.yang ni tak tau nk comment ape..
11.Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau. lalalla
12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..bagi la duit belanje lebih,barang sekarang sume mahalmahal tau..GUESS,MAC,ZARA,CK, =)
13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat? yang ni awak pikir sendiri la..dah besar kan..buat la kalau berani..
18.Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja.Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak? awak nak tegur, tegur la saya tak kisah tapi jangan la marah2..
19.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.kan nampak caring sikit..hihi
20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.
Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21.Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama.Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.
Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga.Jangan buat apa yang isteri tak suka.
Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23.Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.
Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.
Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"
sekian saja wartikah penuh pengertian untuk bakal suami ku..hihi