lelaki.
kerjanya menghurung perempuannya tawaf satu
shopping complex.
mencari sepatu paling
rare di dunia, konon-kononnya.
bertatah berlian palsu, gaya tali melilit betis, tumit harus enam inchi kalau boleh.
seluruh alam dia cari sepatu itu.
jarak langkah jalannya sama seperti berjalan dari putrajaya ke melake.
semalam pun begitu juga, tapi objektifnya lain.
meneroka kebaya nyonya merah.
fuhh. marathon shopping.
semuanya kerana hari-hari terakhir
sale.
tapi bila dah sampai ke 'melake',
yang menjadi pilihan perempuannya adalah sepatu di vincci 'putrajaya'.
kedai pertama yang mereka kunjung.
"kepala hotak lu lah!"bermonolog sahaja lelaki itu.
ragam. kau tak tahu lelaki itu kakinya dah bergetar seperti
handphone ada
call masuk tanpa henti dalam mode silent.
vibrating. model
philips. getarnya sungguh luar biasa.
vincci putrajaya. destinasi terakhir pengembaraan lelaki itu.
lelah dan alah.
pap! pap! pap!
perempuannya mencuba sepatu dengan tiga warna berbeza.
cari warna paling serasi dengan tona kulit kaki yang gelap.
sambil berdiri. dia terlalu
excited.
kerusi empuk untuk para gadis mencuba sepatu tak digunakan.
cuma jadi tempat sang lelaki merehatkan punggung dan menyental lenguh belakang mereka.
kepala lutut pun harus diservis. mungkin jua perlu
overhaul.
lelaki-lelaki ini senyum sesama sendiri dengan masing-masing menghirup udara segar ber-aircond sambil mencuci mata.
nikmat.
p/s ; *syg.i xwt u cmneh kn.even i cmneh pn u tahan i kn kn kn..hahahahahaha.
i love u sheheide sheh omar .. ;p