: : hazreemahazianysarani ♥ : :

[ inihalusinasisaye.okey♥ ]

'emot'
[bukan nama sebenar]. seorang perempuan awal kedewasaan. membenci perempuan berdahi licin. David Archuleta bukan dalam kategori Lelaki Pilihan. bermuka seriyes dan sombong. bengis bukan perkataan yang tepat. genius menulis? sama sekali tidak. loser yang sangat narsis. sentiasa bersuhu badan tinggi. berubah mood bila cuaca sejuk. salah seorang penutur kata kata kesat paling berjaya. lebih gemar berkurung dalam bilik. berkulit pucat. 158cm dan 47kg. cuba cuba menangkap bayang bayang sendiri. menangis bila diserang senggugut.

25 May 2010

d.i.a


Semua asyik bertanya: Kau pasti kah? Betul-betul pasti kah?Aku naik menyampah.Memang aku tidak pasti apa yang Tuhan hidang untuk aku esok-esok.Dan aku tidak pasti hidup berdua itu bagaimana sebenar-benarnya.Tapi dalam tiap senyum,tiap gelak,tiap tangis,tiap marah,tiap sakit,tiap payah,aku mahu dengan dia. Kalau hidup ini sial,biar aku lapah sial itu dengan dia.Kalau aku jadi buruk,biar aku jadi buruk dengan dia. Kalau dia perengus,biar aku yang hadap rengus dia.Aku tidak pasti tinggi bahagia takat mana tapi dalam tiap-tiap tapak kaki aku memanjat mencarinya,

aku pasti aku mahu dia ada.

No comments: