: : hazreemahazianysarani ♥ : :

[ inihalusinasisaye.okey♥ ]

'emot'
[bukan nama sebenar]. seorang perempuan awal kedewasaan. membenci perempuan berdahi licin. David Archuleta bukan dalam kategori Lelaki Pilihan. bermuka seriyes dan sombong. bengis bukan perkataan yang tepat. genius menulis? sama sekali tidak. loser yang sangat narsis. sentiasa bersuhu badan tinggi. berubah mood bila cuaca sejuk. salah seorang penutur kata kata kesat paling berjaya. lebih gemar berkurung dalam bilik. berkulit pucat. 158cm dan 47kg. cuba cuba menangkap bayang bayang sendiri. menangis bila diserang senggugut.

01 August 2010

kalau dah namanya manusia,
asal silap sikit,
cepat cepat nak menggelabah.

kalau dah namanya manusia,
asal salah sikit,
mulalah nak start tuding jari pergi tunjuk salah siapa.

kalau dah namanya manusia,
asal silap sikit,
segala yang baik-baik dipandang sebelah mata saja.

kalau dah namanya manusia,
asal salah sikit,
benda yang buruk-buruk juga digembar-gemburkan.

seharusnya,
bila sudah buat salah.
janganlah cepat melatah.

kerna,
apa yang terjadi itu pasti ada hikmahnya.

memang benar.
sangat sakit bila terkena.
tapi manusia takkan tersedar kalau tak ada rasa sakit itu bukan?

makanya,
haruslah diingat.
setiap perkara yang berlaku itu..
segalanya sudah tertulis di dalam luh mahfuz.

pokok pangkalnya,
di mana,
dengan siapa,
tengah buat apa,
dan pada waktu bila saja.

kalau semuanya dah biasa yang manis-manis,
susahlah nanti.

bila datang yang pahit-pahit macam sekarang,
kan dah susah.

manusia belajar melalui pengalaman.
pengalaman yang mengajar manusia erti kematangan.

bila manusia matang,
akal fikiran sudah payah dikuasai oleh emosi.

jadi,
berhati-hatilah dengan nafsu sendiri.

jangan ikut kata hati,
kata hati kadang kala boleh membawa kita ke jalan mati.

berani kerana benar,
takut kerana salah.

selalulah berbaik sangka,
tak kira walau dengan siapa pun yang kita jumpa.

okay? :)

No comments: