: : hazreemahazianysarani ♥ : :

[ inihalusinasisaye.okey♥ ]

'emot'
[bukan nama sebenar]. seorang perempuan awal kedewasaan. membenci perempuan berdahi licin. David Archuleta bukan dalam kategori Lelaki Pilihan. bermuka seriyes dan sombong. bengis bukan perkataan yang tepat. genius menulis? sama sekali tidak. loser yang sangat narsis. sentiasa bersuhu badan tinggi. berubah mood bila cuaca sejuk. salah seorang penutur kata kata kesat paling berjaya. lebih gemar berkurung dalam bilik. berkulit pucat. 158cm dan 47kg. cuba cuba menangkap bayang bayang sendiri. menangis bila diserang senggugut.

29 September 2010


andainya lelaki tahu
dalam hati seorg perempuan,
ada naluri untuk di sayangi
ada rasa untuk diberi perhatian
ada rasa untuk didengari kesahnya
ada waktu waktu minta ditemani kesedihannya

andainya lelaki tahu
rajuk seorg perempuan minta dipujuk
marah seorg perempuan perlu didekati
sedih seorg perempuan harus didengari
gembira seorg perempuan ingin dikongsi

andainya lelaki tahu
dibalik seribu satu rasa itu ada sekeping ati nan lembut
bukan untuk dimanja
bukan jua untuk ditatang bagai minyak yg penuh
hanya perlu sedikit perhatian
agar rasa kasih itu terasa wujud walau disaat jauh

kerana andai lelaki tahu
hati ini akan sentiasa bertanya
pada diri seorg perempuan
wujudkah cinta itu dihati lelaki?
bila disaat jauh tanpa perkabaran?

sayangilah seseorg itu atas dasar siapa dirinya sekarang
bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini
cintailah seseorg itu kerana hatinya
bukan paras rupa semata mata


*saya si ema :) *










No comments: