: : hazreemahazianysarani ♥ : :

[ inihalusinasisaye.okey♥ ]

'emot'
[bukan nama sebenar]. seorang perempuan awal kedewasaan. membenci perempuan berdahi licin. David Archuleta bukan dalam kategori Lelaki Pilihan. bermuka seriyes dan sombong. bengis bukan perkataan yang tepat. genius menulis? sama sekali tidak. loser yang sangat narsis. sentiasa bersuhu badan tinggi. berubah mood bila cuaca sejuk. salah seorang penutur kata kata kesat paling berjaya. lebih gemar berkurung dalam bilik. berkulit pucat. 158cm dan 47kg. cuba cuba menangkap bayang bayang sendiri. menangis bila diserang senggugut.

14 February 2011


berjumpa.senyum.ketawa.melalak.bercakar akhirnya diam.
masam.merajuk.lari dan terus dan sunyi dan sepi.
atas kerusi yang sewanya duaringgit.kita kunyah ombak sampai senja.
atas kapal kita bercinta.
dalam air kita berasmara.
kita tengking sama sama.
kau tikam aku.aku ludah engkau.
kau jeling dia,aku kenyit mata pada yang lainnya pula.
aku curang engkau temberang.
duduk bersebelahan kerana kita benci bertentangan.
kita pesan menu yang sama sampai mamak pun dah boleh rasa hebatnya penangan kita.
di atas tilam spring usang dan berebutkan selimut tampal kegemaran kita.
kau kanan aku kiri.
kau gigi aku gusi.
kita kurang rasa percaya tapi dalam hati tetap punya manisnya cinta.


apa lagi yang tiada pada kita?
cukup rencah cukup perasa.

selamat yang ke-keduabelas bulan sayang.
aku cinta kau sampai rabaknya mata dunia.

No comments: