: : hazreemahazianysarani ♥ : :

[ inihalusinasisaye.okey♥ ]

'emot'
[bukan nama sebenar]. seorang perempuan awal kedewasaan. membenci perempuan berdahi licin. David Archuleta bukan dalam kategori Lelaki Pilihan. bermuka seriyes dan sombong. bengis bukan perkataan yang tepat. genius menulis? sama sekali tidak. loser yang sangat narsis. sentiasa bersuhu badan tinggi. berubah mood bila cuaca sejuk. salah seorang penutur kata kata kesat paling berjaya. lebih gemar berkurung dalam bilik. berkulit pucat. 158cm dan 47kg. cuba cuba menangkap bayang bayang sendiri. menangis bila diserang senggugut.

09 February 2011

reminder terhebat

jangan pernah marah kepada LUKA
jangan pernah benci kepada DUKA
jangan pernah menyumpah seranah kepada KECEWA


mereka semua adalah REMINDER terhebat
yang bisa ingatkan kau
tentang apa itu hidup
tentang di mana titik kehidupan yang sedang kau berdiri
tentang realiti
tentang untuk terus sabar menempuh


ya
tentang REALITI kehidupan


kerana sudah lumrah kita ini manusia
LUPA DIRI bila gembira


hakikat
fakta
tak perlu juih mulut tidak mengIYA apa yang aku kata


seperti peribahasa
terciptanya ia melalui masa
pengalaman dan pengajaran yang dikutip si tua-tua dahulu kala
untuk pedoman generasi turun temurun kita


bukan melayu sahaja mudah lupa
seperti ayat melayu mana aku malas nak taip namanya
"melayu mudah lupa"
persetankan!!
ia memang lumrah manusia!
bukan melayu sahaja


*sakit duka derita kecewa terluka yang kau rasa ini juga pinjaman rasa daripadaNya. datang menyerap ke pori-pori darah kau dengan izinNya juga. bersyukur. jangan mengeluh. percaya. ada sesuatu yang nak diingatkan Tuhan kepada kau. peringatan tentang kehidupan.


bye!

No comments: