: : hazreemahazianysarani ♥ : :

[ inihalusinasisaye.okey♥ ]

'emot'
[bukan nama sebenar]. seorang perempuan awal kedewasaan. membenci perempuan berdahi licin. David Archuleta bukan dalam kategori Lelaki Pilihan. bermuka seriyes dan sombong. bengis bukan perkataan yang tepat. genius menulis? sama sekali tidak. loser yang sangat narsis. sentiasa bersuhu badan tinggi. berubah mood bila cuaca sejuk. salah seorang penutur kata kata kesat paling berjaya. lebih gemar berkurung dalam bilik. berkulit pucat. 158cm dan 47kg. cuba cuba menangkap bayang bayang sendiri. menangis bila diserang senggugut.

29 May 2011

stranger

" this stranger (sambil pegang sekeping portrait ), was the most important person in my life "


cuma kitaran yang biasa kita jumpa dan lihat.
dari stranger menjadi teman,dan kemudian kembali asing.
menyedihkan,namun itulah realiti.
bukan semua yang kita ada hari ini akan sentiasa kekal disamping kita.
perpisahan,dan kehilangan..ia bisa terjadi di mana-mana dan di apa ketika sekalipun.
tapi sayangnya,kita cuma tahu menghargai segala sesuatu setelah ia pergi.

dan untuk sekarang,
saya cuma rindu begitu banyak hal dalam hidup.
rindukan semangat ketika usia masih belasan,
waktu masih punya cita-cita dan impian tanpa rasa takut dan putus asa,
rindukan teman-teman yang sudah tertinggalkan kerana jalan hidup yang berbeda,
rindukan keterujaan dalam mengekplorasi dunia baru,
rindukan ketenangan berada bersama yang tersayang,
rindukan kecintaan pada diri ketika berada di titik paling rendah dalam hidup..

ahh hidup..
cukup bittersweet untuk orang-orang seperti kita.
tapi malangnya,rasa 'bittersweet' itu juga telah hilang sekarang,
menjadikan saya 'stranger' kepada diri sendiri.

plain.
adrenalin telah surut,saya kira.
dan saya penat.



p/s ; dear god, i miss u so much.where are you ?

No comments: