: : hazreemahazianysarani ♥ : :

[ inihalusinasisaye.okey♥ ]

'emot'
[bukan nama sebenar]. seorang perempuan awal kedewasaan. membenci perempuan berdahi licin. David Archuleta bukan dalam kategori Lelaki Pilihan. bermuka seriyes dan sombong. bengis bukan perkataan yang tepat. genius menulis? sama sekali tidak. loser yang sangat narsis. sentiasa bersuhu badan tinggi. berubah mood bila cuaca sejuk. salah seorang penutur kata kata kesat paling berjaya. lebih gemar berkurung dalam bilik. berkulit pucat. 158cm dan 47kg. cuba cuba menangkap bayang bayang sendiri. menangis bila diserang senggugut.

13 November 2011

buku

sebetulnya aku terfikir untuk membukukan sebahagian daripada entri yang pernah di-publish-kan di blog ini.tapi ia bukanlah untuk dijual atau diedarkan secara percuma.cuma mungkin satu hari nanti aku akan berhenti menulis kerana kekangan masa serta tanggungjawab.ruang ini pula akan ditutup seperti yang lain sebelumnya..dan itu akan jadi satu kehilangan buat aku.

maka karena itu,berbalik pada buku yang bukan untuk dijual atau diedarkan secara percuma tadi.
ianya hanya akan dicetak sebanyak 2 buah.
ya,dua.two.

satu akan aku simpan,
dan satu lagi akan aku kirim kepada dia - si watak di dalam cerita-cerita aku,yang mana dia mungkin tidak pernah tahu bahwa dia hidup di ruang ini.buku itu akan dikirim secara misterius tanpa nama dan alamat pengirim.

bila sampai waktunya dia akan ketahui bahwa kiriman itu dahulunya datang dari aku,dan dia akan menghabiskan masa membaca kisah-kisah kami yang telah dibukukan tadi,dengan tertawa,atau barangkali menangis,sambil menikmati matahari petang di beranda rumah.

oh,tapi ! jika masing-masing menjalani hidup dengan pasangan yang lain,aku harap buku yang aku kirim tadi akan dibaca oleh isterinya (di masa akan datang), lalu menjadi cemburu.hehe.pada masa yang sama,aku masih akan terus membaca buku tersebut sambil laughing my ass out,mengenangkan betapa bodoh dan gilanya aku ketika mencintai seseorang.mungkin juga aku akan bacakan kisah-kisah di dalamnya sebagai bedtime story kepada anak-cucu.

cukuplah untuk aku kenang sendiri,sampai mati.

sebab aku sudah berjumpa 'kehidupan baru' aku..selamat berjaya ye. :)



No comments: