: : hazreemahazianysarani ♥ : :

[ inihalusinasisaye.okey♥ ]

'emot'
[bukan nama sebenar]. seorang perempuan awal kedewasaan. membenci perempuan berdahi licin. David Archuleta bukan dalam kategori Lelaki Pilihan. bermuka seriyes dan sombong. bengis bukan perkataan yang tepat. genius menulis? sama sekali tidak. loser yang sangat narsis. sentiasa bersuhu badan tinggi. berubah mood bila cuaca sejuk. salah seorang penutur kata kata kesat paling berjaya. lebih gemar berkurung dalam bilik. berkulit pucat. 158cm dan 47kg. cuba cuba menangkap bayang bayang sendiri. menangis bila diserang senggugut.

11 January 2012

banyak memori :))

Tahun 2011 adalah tahun yang bermacam-macam aku lalui. Banyak pahit, manis, kelat dan masin. Aku tak kisah sikit pun dengan semua tu, hidup bagaikan satu masakan. Pelbagai rasa untuk kita nikmati, aku anggap ini semua kebahagiaan. Indah untuk aku jatuh dan bangun semula, setiap kali aku jatuh aku akan bangun, malas lagi nak belek-belek semua sejarah. Sepuluh kali aku jatuh sebelas kali aku akan bangun. Dah cukup masak dengan pengalaman ini. Lagi pun jika orang yang follow blog ini dari tahun 2009 tahu macam mana aku bermula. dari bangang bangang putus cinta, cinta berputik balik sampai korg semua pun dah naik muak bukan?. Well ini blog aku, jadi cerita semua pasal pengalaman hidup aku.

Akhir 2009,aku alamai kegagalan bercinta setelah 5tahun.*pehhh*hahahahaha.. Awal 2010,tibe tibe,aku di lamar oleh 'kawan sepermainan' dulu yg aku jmp balik lepas berbelas tahun xjmp.mmg,xsmpai bpe bulan aku suffer kegagalan 2,terus aku terima..okeh.giler kan...hahahaha


Ramai kawan-kawan aku bertanya "why so sudden?". Love happen f
or no reason kawan.  :))


Jujur aku cakap, aku pun tak tahu apa yang berlaku. Macam mana semua ni boleh berlaku pun aku tak tahu. Yang aku tahu, ia bergerak terlalu pantas, sangat pantas sampai aku sendiri tak sempat menoleh ke belakang, tengok kiri dan kanan dulu.

Aku rasa, ia seperti perkara yang sudah tertulis. Pada tarikh ini aku berjumpa dengan lelaki ini, dan pada tarikh aku dirisik dan pada tarikh aku bertunang. Semua macam dah tertulis, aku tak boleh nak halang.



Perjalanan cerita ini bergerak dengan sempurna, halangan yang ada kami lalui dengan mudah. Actually tak ada lah semudah seperti kamu semua bayangkan, bukan semudah ayat aku ni.

Tapi apa pun, ia berjalan dengan baik-baik sahaja.

Dan aku tak boleh menolak takdir ini semua.



Bagaimana aku tahu dia lah orang yang aku cari selama ini?.

Jawapannya mudah, aku jumpa aku dalam diri dia.



Tiap kali aku nak rasa bengang kat dia, tiap kali itulah juga aku sedar yang aku pun macam tu juga. Kami suka buat benda sama-sama. Kami suka makan, kami suka jalan-jalan tanpa plan, kami suka buat benda-benda yang random. Hanya dengan dia buat aku jadi diri aku yang sebenar.

Dan aku tak pernah sangka, seorang lelaki yang asalnya aku kenal sebagai 'kawan sepermainan' yang aku jumpa kembali pada tahun 2009 ini yang pada mulanya tak terlintas langsung dalam fikiran aku untuk bercinta akan bakal menjadi suami aku.


Well itu sudah ditakdirkan dan aku akan hadapi hari-hari seterusnya bersama dengan aku yang lagi satu. Apa yang aku mahukan hanyalah bersama dengan dia. Inilah satu-satunya lelaki yang paling sanggup melayan karenah aku yang macam-macam.dari degil,keanak-anakkan,betekak,bermaki,bertumbuk,semua la.
Eah.lupa.next week 21January2012,kami nk kawen da  :))

hahahahahaha
segalanya halal da.

Suka hati lah kalau nak muntah pun.

:)

jemput la datang!!
k.bai  

No comments: