: : hazreemahazianysarani ♥ : :

[ inihalusinasisaye.okey♥ ]

'emot'
[bukan nama sebenar]. seorang perempuan awal kedewasaan. membenci perempuan berdahi licin. David Archuleta bukan dalam kategori Lelaki Pilihan. bermuka seriyes dan sombong. bengis bukan perkataan yang tepat. genius menulis? sama sekali tidak. loser yang sangat narsis. sentiasa bersuhu badan tinggi. berubah mood bila cuaca sejuk. salah seorang penutur kata kata kesat paling berjaya. lebih gemar berkurung dalam bilik. berkulit pucat. 158cm dan 47kg. cuba cuba menangkap bayang bayang sendiri. menangis bila diserang senggugut.

25 May 2010

'petir'

Sayang, berapa lama kau kenal aku?
Sebelas bulan?
Sebelas tahun?
Mana-mana pun, kau pasti kau kenal aku?
Pasti aku yang dulu dan saat ini adalah aku yang seminda?
Pasti setakat berapa lama yang pernah kau habiskan dengan aku,
itulah kekal diri aku sampai aku dikubur?
Pasti seperti pastinya ada mati, ada hari qiamat, ada syurga neraka?
Sepasti itu?
Untuk kau kata aku begini begitu adalah lawak antarabangsa, sayang.
Jangan badutkan diri; aku sendiri tidak suka menyesal kemudian hari.

Aku kurang gemar orang negatif.
Dengan buruk-sial aku yang subhanallah sedia banyak
sebelum perlu kau ukir satu-persatu sepanjang Tembok Cina ini lagi,
sudah aku kayuh segigihnya untuk tidak jadi pesimis.
Perkara yang tidak elok memang mudah berjangkit, ‘kan? Seperti busuk hati.
Busuk itu menjalar dalam udara, bukan boleh dikekang-kekang dari mengalir.
Sedang Allah yang Maha Hebat pun memandang semua manusia sama; hamba semata.
Kau pula melabel dan merendah orang dengan yakin; kau lebih dari Tuhan aku rasa.
Aku golongan penakut, tidak pernah berani pasti.
Hendak pasti aku “betul semua” tentang “semua orang” dan “semua perkara”
- lagilah aku tidak berani.

(Aku paling takut dipetir.)

Dalam jenis aku yang bisu dan berserah, kau ambil kesempatan.
Tapi maaf- kali ini berambuslah wahai kawan;
aku jijik dengan orang yang zahirnya manusia, batinnya Tuhan.

d.i.a


Semua asyik bertanya: Kau pasti kah? Betul-betul pasti kah?Aku naik menyampah.Memang aku tidak pasti apa yang Tuhan hidang untuk aku esok-esok.Dan aku tidak pasti hidup berdua itu bagaimana sebenar-benarnya.Tapi dalam tiap senyum,tiap gelak,tiap tangis,tiap marah,tiap sakit,tiap payah,aku mahu dengan dia. Kalau hidup ini sial,biar aku lapah sial itu dengan dia.Kalau aku jadi buruk,biar aku jadi buruk dengan dia. Kalau dia perengus,biar aku yang hadap rengus dia.Aku tidak pasti tinggi bahagia takat mana tapi dalam tiap-tiap tapak kaki aku memanjat mencarinya,

aku pasti aku mahu dia ada.

Longing

speechless
wordless
tongueless
inarticulate
inaudible
unspoken
unsounded
dumb
dampen
deaden
mute
silent
silent
silent
at this moment

hot tears on cold skin.

sad is a song

Dari kecil emak abah ajar saya berselawat.
Hingga besar ayah pesan saya berselawat.

“Selawat selalu. Jangan putus.”

Sedih, selawat.
Gembira, selawat.
Sakit, selawat.
Sihat, selawat.
Takut, selawat.
Berani, selawat.
Susah, selawat.
Senang, selawat.

Indeed.

Sedih, selawat.

*baik emak.baik abah*

:)

i k h l a s

Aku wish kita adalah adult yang punya cinta luhur seperti kanak-kanak.

Pertamanya, itu perasaan paling jujur tanpa sebarang pengaruh. Unsur 'hedonis' dan tarikan dunia yang durjana. Keduanya, kanak-kanak jarang menipu.

Bila ada hubungan yang gagal dan sedari awal aku sudah tahu ini hanya mainan dua orang yang penuh kepentingan,

Dalam hati aku berkata, mungkin,

mungkin bila perkara kurang ikhlas Tuhan pun tidak berkenan mahu makbulkan.

p/s: Pendapat aku tidak ikhlas bila perlu ada-adakan perasaan yang tidak wujud atas niat berkehendakkan sesuatu selain hati dan cintanya.

' d a n '

Bila kau berlawan antara separa hidup dan separa mati,

The person who crushed your heart into pieces
,who made fun of you, who picked on your weaknesses, who made you feel like a failure over some stupid matters, who laughed at your dreams, who forgets to appreciate you, who keeps on critizing you and lead you to believe that torturing yourself is Ok because you are nothing anyway .

They are Not important anymore!!

li.Ha.ti

Kalau dah bertemu dia bolehlah kau berpandangan jauh.
Selagi belum bertemu dia kau patut berpandangan dekat.

Dia di sini.

Lihat dengan hati.

w h i t e






Aku merayu pada musim luruh, pada angin malam, dan pada si Kekasih Hati;
tolong jangan siat jiwa aku lagi.
Aku angkat bendera putih untuk hari ini.

' h a l a l '

Benar. Aku tidak bertudung labuh. Benar. Aku mengaji bahasa dan bukan ilmu agama yang membawa ke syurga.
Menukil perkataan-perkataan dari kayangan sekalipun tidak akan mengubah apa-apa. Aku sedar dan tidak secalit pun aku bangga; aku tidak ada kuasa untuk menghalal dosa.
Tapi aku ada kuasa untuk menghalal syak wasangka kau pada aku.
Aku ada kuasa untuk menghalal prejudisma dan skeptikaliti kau pada aku.
Dan sahabat,
aku halalkan.

' c i n t a '

Jangan menyesal yang lalu, jangan menyumpah yang sudah.

Memang dalam hidup kau, kau akan jumpa si hantu 1, si celaka 2, si tahi 3, si jahat 4,
si sial 5, si jahanam 6, boleh jadi sampai si bodoh 10
- sebelum kau berjumpa si dia.

Lepas itu tak ada nombor dah.